Search This Blog

Wednesday, October 12, 2011

Jadilah seperti air...


Salam wbt...
bertemu lagi setelah bersawang blog nih...
hari ni berkata sikit tentang air...
ape yang terlintas and terfikir di minda, cuba dibentangkan dalam bentuk word di sini ^^


Segala benda yang Allah cipta ada hikmahnya, hatta sebesar kuman pun...
jadi, apakah hikmah air?
kenapa kita mesti jadi seperti air....(kajian sendiri)


pertama-
Air itu berubah mengikut sekelilingnya.
Bukan disuruh untuk jadi seorang yang tidak tetap pendirian,
tapi jadi seorang yang mudah adapt dengan persekitaran.
Ya, sebagai seorang daie, hikmah dalam berdakwah merupakan benda terpenting,
nabi berdakwah kpd setiap individu dengan cara berlainan,
ada yang dapat terima terus, ada yang nak separuh je, ada yang tentang habis2an.
Jadi, air ini bila masuk botol, jadi bentuk botol,
masuk jug, jadi bentuk jug,
tumpah lantai, semua rata atas lantai.
Begitu mudah untuk adapt atau bahasa mother tongue sesuaikan diri dengan keadaan.
Begitulah daie yang berjaya, dapat adapt dengan semua manusia,
bukan setakat duduk di masjid, berdakwah di kalangan mereka yang sudah faham saja.


kedua-
Air itu sentiasa tenang, mudah berombak and mudah tenang kembali.
Ermm, sekali lagi, bukan disuruh untuk jadi baran,
tapi jadilah seorang yang pandang serius terhadap sesuatau perkara yang terlibat.
Contoh, sunnah nabi dicerca, kitalah yang akan ke depan pertahankannya.
Then, mudah tenang kembali dengan bermaksud tidak hasad dengan seseuatu perkara yang sudah selesai.
Then, melalui kehidupan yang sentiasa tenang :)


ketiga-
Air sentiasa patuh dan taat perintah Allah ^^
Tak pernah dia lawan, bila Allah cakap tsunami, tsunami lah dia.
Jakuzi, jakuzilah dia.
Air terjun, terjunlah dia.
Jadi embun, tak de pulak dia jadi wap air tiba2...
Itulah ciri2 yang mesti kita ikut sepanjang perjalanan hidup ni...


keempat-
sekian saja, kisah air yang diri tahu...( salah betulkan, cacat cantikkan, dah cantik sebar2kan ^^ )

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. abu: this is blog, not me 0.o

    m: haha, hg je phm...ramai yg tak pham jakuzi tu ape ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...