Search This Blog

Sunday, October 16, 2011

Are we proud enough?

Salam wbt..
Alhamdulillah, tangan makin ringan untuk conteng di blog nih,
mungkin ni salah satu cara utk habiskan waktu cuti yang agak lama nih,
boring dengan tabiat yang sudah mula muak, main game n movies ^^

Post kali ni, aku nak menaip sedikit tentang kekaguman aku dengan non-muslim,
bukan tak kagum dengan Muslims my beloved brothers and sisters,
tapi lately (speaking tuh~) banyak video yang aku tatap tunjukkan non-muslim yang tertarik dengan Islam.
Bukan setakat tertarik, tapi terus peluk Islam :') gembiranya~!



Antara nya:-

video

Sangat terharu melihat wanita non-muslim ni yang menangis syahdu tengok suasana Islam,
cukup dengan azan sudah dapat melembutkan hati seorang manusia walaupun dia sendiri tak faham,
begitu indahnya Islam sampai dapat dilihat oleh non-muslim,
malangnya kita yg muslim pula tak nampaknya.

Satu ceramah yg pernah masuk ke telingaku:
kenapa kita menangis di pagi raya mendengar takbir, hanya kerana lagunya yang sayu.
sedangkan azan 5 kali sehari kedengaran tanpa berasa apa pun, hanya kerana beza lagunya.
Adakah kita beriman dengan lagu, bukan pada kalimahnya?

Moga2 Allah beri hidayah-Nya yg sebenar pada umat manusia semuanya, termasuk kita.
Azan itulah kalimah Allah, yg mampu tenangkan semua makhluk,
faham tak faham cerita lain, tapi sekali dengar hati ni dahagakan rab-Nya,
"dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang" .

Nak stresskan di sini, kadang2 kita tersilap tentang keyakinan kita:
"hang buat ape tu hamzah?"
"main PES jap release tension"
"dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang lah~"
"uhukhuk, betol3! :')"
Kita mesti yakin, perkara atas dunia ni hanyalah asbab untuk kesemuanya,
last2 Allah juga yg pegang segalanya,
hati, mata, telinga, sihat, sakit, segala-gala-galanya,
"wahua a'la kulli syaiin qadir"


Next vid :) :-

video

Haaa, yg ni pula tentang concern nya non-muslim terhadap saudara kita,
pelikkan bunyi, saudara kita mereka yg concern.
Isu boikot2 ni kadang2 hanya lalu dibibir2 saja, bila temu keadaan sebenar menggeletar lutut kita.

Satu situasi, jalan2 di mall, kawan ajak makan McD and dia belanja pula,
waktu itu menggeletar satu badan nak juga makan,
huh, masing2 ada pendirian :)
Bagi aku, kalau kita makan dengan alasan orang bagi,
nampak remeh lah perjuangan kita,
halang orang main bola, tiba2 satu petang kita main bola,
"sembang kencang la lu~!" mungkin ni habuannya...

Lepas tengok video ni,
terharu rasa,
atas dasar humanity mereka ambil tindakan yg bagi kita cukup memalukan kan?
menyanyi and joget tengah khalayak ramai,
huh, tak terbayang diri ku joget di foyer cool blog UiTM melaka, hahaha~!.
Tapi mereka tak pedulikan perbezaan agama, yg penting human rights, sungguh kagum~!
Sampai masa sudah kita bertindak lebih dari mereka,
bertindak sebagai saudara and atas dasar agama,
bukan setakat humanity and human rights . yok boikot~!


Seterusnya, picture ni:-


KOMANDAN & 37 PRAJURIT PENGAMAN MASUK ISLAM: Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.

Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.

Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam".

Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka - juga untuk memeluk Islam.



Huh, panjang ceritanya....
Kata orang, agama pemimpin sama dengan agama yg dipimpin,
inilah teladan yg dibawa nabi Muhammad SAW dahulu, (jawablah SAW)
efektif nya kepimpinan komander ini dapat dilihat.

Teringat kisah Muhammad al-Fateh (MaF) yg takluk Constantinopel pada umur 20-an (tak pasti ^^)
Waktu umur MaF 7-9 tahun, dia dengar hadis nabi ni dari sahabat,
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

MaF bertekad dialah orangnya, dalam meningkat ke 20-an dia bina peribadi Muslim yg terbaik dalam dirinya,
akhirnya, dialah yg takluk Constantinopel.
The points are, Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.
Inilah pemimpin yg mesti kita teladani zaman moden ni,
nak Malaysia Islam sepenuhnya, pemimpin dan rakyatnya mesti dibetulkan, insyaAllah :)


Keempat,
Sebenarnya ade satu lagi video, tapi sudah tenggelam dalam timbunan post FB,
cerita pasal seorang hindu yg berhenti kerja sebagai chef kt hotel semata2 untuk bantu orang fakir kampung dia,
huh, dengan alasan dia ckp, "our purpose of life is to give"
itulah yg Islam ajar, moga Allah beri hidayah-Nya pada hindu ini.



setakat ni saja rasanya . saya bangga saya MUSLIM~!
( salah betulkan, cacat cantikkan, dah cantik sebar2kan ^^ )

Wednesday, October 12, 2011

Jadilah seperti air...


Salam wbt...
bertemu lagi setelah bersawang blog nih...
hari ni berkata sikit tentang air...
ape yang terlintas and terfikir di minda, cuba dibentangkan dalam bentuk word di sini ^^


Segala benda yang Allah cipta ada hikmahnya, hatta sebesar kuman pun...
jadi, apakah hikmah air?
kenapa kita mesti jadi seperti air....(kajian sendiri)


pertama-
Air itu berubah mengikut sekelilingnya.
Bukan disuruh untuk jadi seorang yang tidak tetap pendirian,
tapi jadi seorang yang mudah adapt dengan persekitaran.
Ya, sebagai seorang daie, hikmah dalam berdakwah merupakan benda terpenting,
nabi berdakwah kpd setiap individu dengan cara berlainan,
ada yang dapat terima terus, ada yang nak separuh je, ada yang tentang habis2an.
Jadi, air ini bila masuk botol, jadi bentuk botol,
masuk jug, jadi bentuk jug,
tumpah lantai, semua rata atas lantai.
Begitu mudah untuk adapt atau bahasa mother tongue sesuaikan diri dengan keadaan.
Begitulah daie yang berjaya, dapat adapt dengan semua manusia,
bukan setakat duduk di masjid, berdakwah di kalangan mereka yang sudah faham saja.


kedua-
Air itu sentiasa tenang, mudah berombak and mudah tenang kembali.
Ermm, sekali lagi, bukan disuruh untuk jadi baran,
tapi jadilah seorang yang pandang serius terhadap sesuatau perkara yang terlibat.
Contoh, sunnah nabi dicerca, kitalah yang akan ke depan pertahankannya.
Then, mudah tenang kembali dengan bermaksud tidak hasad dengan seseuatu perkara yang sudah selesai.
Then, melalui kehidupan yang sentiasa tenang :)


ketiga-
Air sentiasa patuh dan taat perintah Allah ^^
Tak pernah dia lawan, bila Allah cakap tsunami, tsunami lah dia.
Jakuzi, jakuzilah dia.
Air terjun, terjunlah dia.
Jadi embun, tak de pulak dia jadi wap air tiba2...
Itulah ciri2 yang mesti kita ikut sepanjang perjalanan hidup ni...


keempat-
sekian saja, kisah air yang diri tahu...( salah betulkan, cacat cantikkan, dah cantik sebar2kan ^^ )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...