Search This Blog

Thursday, November 17, 2011

Anak - dari BbG

Sedutan episod lalu...dari post "nikah" 

Bila nak kahwin nya Sarip oii?
Nanti la mak Jah, ada jodoh kahwin la saya.....mak Jah nak?
(-_-')

Setahun 2 bulan kemudian...

S: Herm, bahagia kita mak jah kan ! (sambil muka nakal2 manja), dapat dah sorg anak, sehat tak anaknya?
MJ: Sihat je, ba.....
( sambungan di Blog ber Gambar (BbG) - http://hbmf.blogspot.com/ ) :D excercise sikit~

Monday, November 14, 2011

Nikah - dari BbG

(gambar lagi besor di Bbg)


Nikah, kahwin, bina masjid, dll
Satu term yg mampu buat ramai tersipu-sipu + blushing merah-merah kat pipi,
kenapa?
ermm masing-masing tau jawapannya..

Bila nak kahwin nya Sarip oii?  
Nanti la mak Jah, ada jodoh kahwin la saya.....mak Jah nak?
( sambungan di Blog ber Gambar (BbG) - http://hbmf.blogspot.com/ ) :D excercise sikit~

Friday, November 11, 2011

Angry Birds dan dakwah





Angry Birds




salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal
semuanya suka bermain game ini


tidakkah anda pernah tertanya-tanya?
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka


sedar x kita...
jawapannya sebab....
Angry Birds....
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah



1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka
iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad


segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:111)


2) Amal Jamaie (kerja ramai-ramai)

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu



3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
tidak
diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan, kemahiran) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"



4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil, efektif)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij (berkesan) dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu


maka setiap orang yang mempunyai isti'ab (kemahiran) yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu


dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam (Islam sebagai ustaz alam)

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat


5) Taat

dan sebagai qiyadah (ketua)
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan


pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas



6) Ukhuwah

lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka
kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara


seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam


tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka


begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)


sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna


semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...


"Ukhuwah Teras Kegemilangan"



Wednesday, November 9, 2011

Qurban - dari Blog ber Gambar (BbG)

-mati syahid ke ni?-
(utk gambar lebih besar di BbG )

Qurban atau kurban atau korban atau korbang(ganu) atau korbe(kelate)
Semuanya sama cuma yg berbeza spelling nya.
Semuanya tetap sembelih binatang/haiwan/natang/nate yg boleh diqurban kan....kan..kan

Tapi, hari ini kita belajar lebih sikit boleh??
Qurban yg manusia faham ialah korbankan sikit harta pada........

( sambungan di Blog ber Gambar - http://hbmf.blogspot.com/ ) :D excercise sikit~

Tuesday, November 8, 2011

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Kalau sudi, boleh le jenguk-jenguk blog baru ku (Blog ber Gambar)

http://hbmf.blogspot.com/

2nd blog, moga2 ada manfaat, follow and share :D

Blog ini insyaAllah akan terus di update (mungkin slow), tapi kini udah ada 2 blog~!
Moga-moga manfaat :D

Sunday, October 16, 2011

Are we proud enough?

Salam wbt..
Alhamdulillah, tangan makin ringan untuk conteng di blog nih,
mungkin ni salah satu cara utk habiskan waktu cuti yang agak lama nih,
boring dengan tabiat yang sudah mula muak, main game n movies ^^

Post kali ni, aku nak menaip sedikit tentang kekaguman aku dengan non-muslim,
bukan tak kagum dengan Muslims my beloved brothers and sisters,
tapi lately (speaking tuh~) banyak video yang aku tatap tunjukkan non-muslim yang tertarik dengan Islam.
Bukan setakat tertarik, tapi terus peluk Islam :') gembiranya~!



Antara nya:-



Sangat terharu melihat wanita non-muslim ni yang menangis syahdu tengok suasana Islam,
cukup dengan azan sudah dapat melembutkan hati seorang manusia walaupun dia sendiri tak faham,
begitu indahnya Islam sampai dapat dilihat oleh non-muslim,
malangnya kita yg muslim pula tak nampaknya.

Satu ceramah yg pernah masuk ke telingaku:
kenapa kita menangis di pagi raya mendengar takbir, hanya kerana lagunya yang sayu.
sedangkan azan 5 kali sehari kedengaran tanpa berasa apa pun, hanya kerana beza lagunya.
Adakah kita beriman dengan lagu, bukan pada kalimahnya?

Moga2 Allah beri hidayah-Nya yg sebenar pada umat manusia semuanya, termasuk kita.
Azan itulah kalimah Allah, yg mampu tenangkan semua makhluk,
faham tak faham cerita lain, tapi sekali dengar hati ni dahagakan rab-Nya,
"dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang" .

Nak stresskan di sini, kadang2 kita tersilap tentang keyakinan kita:
"hang buat ape tu hamzah?"
"main PES jap release tension"
"dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang lah~"
"uhukhuk, betol3! :')"
Kita mesti yakin, perkara atas dunia ni hanyalah asbab untuk kesemuanya,
last2 Allah juga yg pegang segalanya,
hati, mata, telinga, sihat, sakit, segala-gala-galanya,
"wahua a'la kulli syaiin qadir"


Next vid :) :-



Haaa, yg ni pula tentang concern nya non-muslim terhadap saudara kita,
pelikkan bunyi, saudara kita mereka yg concern.
Isu boikot2 ni kadang2 hanya lalu dibibir2 saja, bila temu keadaan sebenar menggeletar lutut kita.

Satu situasi, jalan2 di mall, kawan ajak makan McD and dia belanja pula,
waktu itu menggeletar satu badan nak juga makan,
huh, masing2 ada pendirian :)
Bagi aku, kalau kita makan dengan alasan orang bagi,
nampak remeh lah perjuangan kita,
halang orang main bola, tiba2 satu petang kita main bola,
"sembang kencang la lu~!" mungkin ni habuannya...

Lepas tengok video ni,
terharu rasa,
atas dasar humanity mereka ambil tindakan yg bagi kita cukup memalukan kan?
menyanyi and joget tengah khalayak ramai,
huh, tak terbayang diri ku joget di foyer cool blog UiTM melaka, hahaha~!.
Tapi mereka tak pedulikan perbezaan agama, yg penting human rights, sungguh kagum~!
Sampai masa sudah kita bertindak lebih dari mereka,
bertindak sebagai saudara and atas dasar agama,
bukan setakat humanity and human rights . yok boikot~!


Seterusnya, picture ni:-


KOMANDAN & 37 PRAJURIT PENGAMAN MASUK ISLAM: Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.

Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.

Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam".

Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka - juga untuk memeluk Islam.



Huh, panjang ceritanya....
Kata orang, agama pemimpin sama dengan agama yg dipimpin,
inilah teladan yg dibawa nabi Muhammad SAW dahulu, (jawablah SAW)
efektif nya kepimpinan komander ini dapat dilihat.

Teringat kisah Muhammad al-Fateh (MaF) yg takluk Constantinopel pada umur 20-an (tak pasti ^^)
Waktu umur MaF 7-9 tahun, dia dengar hadis nabi ni dari sahabat,
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

MaF bertekad dialah orangnya, dalam meningkat ke 20-an dia bina peribadi Muslim yg terbaik dalam dirinya,
akhirnya, dialah yg takluk Constantinopel.
The points are, Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.
Inilah pemimpin yg mesti kita teladani zaman moden ni,
nak Malaysia Islam sepenuhnya, pemimpin dan rakyatnya mesti dibetulkan, insyaAllah :)


Keempat,
Sebenarnya ade satu lagi video, tapi sudah tenggelam dalam timbunan post FB,
cerita pasal seorang hindu yg berhenti kerja sebagai chef kt hotel semata2 untuk bantu orang fakir kampung dia,
huh, dengan alasan dia ckp, "our purpose of life is to give"
itulah yg Islam ajar, moga Allah beri hidayah-Nya pada hindu ini.



setakat ni saja rasanya . saya bangga saya MUSLIM~!
( salah betulkan, cacat cantikkan, dah cantik sebar2kan ^^ )

Wednesday, October 12, 2011

Jadilah seperti air...


Salam wbt...
bertemu lagi setelah bersawang blog nih...
hari ni berkata sikit tentang air...
ape yang terlintas and terfikir di minda, cuba dibentangkan dalam bentuk word di sini ^^


Segala benda yang Allah cipta ada hikmahnya, hatta sebesar kuman pun...
jadi, apakah hikmah air?
kenapa kita mesti jadi seperti air....(kajian sendiri)


pertama-
Air itu berubah mengikut sekelilingnya.
Bukan disuruh untuk jadi seorang yang tidak tetap pendirian,
tapi jadi seorang yang mudah adapt dengan persekitaran.
Ya, sebagai seorang daie, hikmah dalam berdakwah merupakan benda terpenting,
nabi berdakwah kpd setiap individu dengan cara berlainan,
ada yang dapat terima terus, ada yang nak separuh je, ada yang tentang habis2an.
Jadi, air ini bila masuk botol, jadi bentuk botol,
masuk jug, jadi bentuk jug,
tumpah lantai, semua rata atas lantai.
Begitu mudah untuk adapt atau bahasa mother tongue sesuaikan diri dengan keadaan.
Begitulah daie yang berjaya, dapat adapt dengan semua manusia,
bukan setakat duduk di masjid, berdakwah di kalangan mereka yang sudah faham saja.


kedua-
Air itu sentiasa tenang, mudah berombak and mudah tenang kembali.
Ermm, sekali lagi, bukan disuruh untuk jadi baran,
tapi jadilah seorang yang pandang serius terhadap sesuatau perkara yang terlibat.
Contoh, sunnah nabi dicerca, kitalah yang akan ke depan pertahankannya.
Then, mudah tenang kembali dengan bermaksud tidak hasad dengan seseuatu perkara yang sudah selesai.
Then, melalui kehidupan yang sentiasa tenang :)


ketiga-
Air sentiasa patuh dan taat perintah Allah ^^
Tak pernah dia lawan, bila Allah cakap tsunami, tsunami lah dia.
Jakuzi, jakuzilah dia.
Air terjun, terjunlah dia.
Jadi embun, tak de pulak dia jadi wap air tiba2...
Itulah ciri2 yang mesti kita ikut sepanjang perjalanan hidup ni...


keempat-
sekian saja, kisah air yang diri tahu...( salah betulkan, cacat cantikkan, dah cantik sebar2kan ^^ )

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan yang dirindui

Bismillah.
Alhamdulillah ada kesempatan n semangat untuk update blog.

Lagi berapa hari lagi Ramadhan yg dirindui akan tiba.
Entah diri ready ke tak, anda ready?




Ramai manusia hanya penat layan penat dalam Ramadhan.
Penat tidur, penat merungut, penat mengumpat n penat lapar.
Habis 30 ramadhan, yg dibincangkan, baju melayu yg baru n berat badan yg baru.
Sebelum Ramadhan, azam "inilah Ramadhan yg terbaek dalam hidupku!".
Usaha dalam Ramadhan, tak beza pon dengan Ramadhan sebelum ni mungkin lagi teruk.

Sepatutnya, dalam Ramadhan kita puas lakukan amalan.
Rugi tak ambil perluang yg Allah hidangkan.
Pahala sunat jadi pahala fardhu, yg fardhu darab dengan 70 lagi.
Ada pulak Lailatul Qadr, lagi baek dari seribu bulan tuh. bersamaan 83 tahun 3 bulan.
Terlalu banyak pahala yg Allah ganjarkan, tinggal kita nak tak nak je.

- Moga Ramadhan kali ini, jadi Ramadhan yg terbaek untuk kita (bukan setakat mulut)
- Moga tiba Syawal, bukan berat badan baru yg dibincangkan, tapi jiwa baru yg bersedia untuk Islam.
- Moga, selepas Ramadhan kita jadi lebih baik. Kalau sebelum Ramadhan tengok movie 5 kali sehari, lepas Ramadhan tukar sekali 5 hari.
- Moga, kita semua dapat malam Lailatul Qadr.

Moga, kita semua tidak menjadi ~hamba Ramadhan, tapi menjadi hamba Allah~

"Allahumma bariqlana fi Sya'ban, wa ballighna ila Ramadhan"

Saturday, February 19, 2011

Risalah untuk usrah mingguan Jawatankuasa Penggerak Masjid(JPM), UiTM Melaka

Salam wbt,
Usrah minggu ni pulak bincang pasal basic dalam agama kita iaitu solat.
"solat NOT SO LATE" bincang la sikit2 pasal erti, syarat, hikmah dan lain2 pasal solat.
Point2 tambahan dalam artikel di bawah ^_^


-muka depan


-muka belakang

Monday, February 14, 2011

Risalah untuk usrah mingguan Jawatankuasa Penggerak Masjid(JPM), UiTM Melaka

Salam wbt,
Kali ni usrah membincangkan tentang Valentine dan Maulidur Rasul dengan tajuk "katakan TAKNAK pada Valentine, tapi YA pada Maulidur Rasul"
Bersempena Valentine pada 14 Feb dan Maulidur Rasul hari esoknya.

Jadi, setelah di simpul2kan dengan kajian dan bacaan, hukum Valentine adalah sama sekali haram. Kenapa?
sebab V diadakan dengan berasaskan unsur-unsur syirik(menduakan Allah),
V juga adalah sebagai tanda untuk ingat salah satu dewa orang Romawi Kuno.
Ada terbaca juga pasal makna Valentine adalah "yang maha perkasa",
jadi kita tak boleh sama sekali ucap "Be my Valentine" dan main dengan 9 huruf ni. Kenapa?
sebab "Yang Maha Perkasa" tu kan sifat Allah, mana boleh samakan dengan manusia.

Maulidur Rasul pulak.
Ada yang kata bid'ah, ya memang sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah sebab nabi dan para sahabat takde pon sambut, yang sambut cuma umat2 selepas itu.
Kalau anda bagi alasan sebagai tanda kasih sayang & cinta, Allah berfirman:

“Katakanlah (Wahai Nabi): “Jika kalian benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku. Niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Ali Imran:31)

Jadi, samalah kalau anda cinta nabi, buat apa yang disuruh tinggal yang dilarang.
Bukan sambut dengan perarakan dan sebagainya.
Tapi, bagi saya/aku/ana/I perarakan boleh dibuat kalau benda tu meningkatkan lagi rasa cinta kita kepada nabi khatimul anbiya', tapi still kene buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang(just pendapat,rujuk yg lebih tahu).

Banyak info2 lain dalam risalah di bawah, dipersilakan semua utk baca. Tak perlu rasanya tlg bacakan


-muka depan


-muka belakang

Sunday, January 23, 2011

Salam,
Ini risalah untuk usrah mingguan(latest) Jawatankuasa Penggerak Masjid(JPM), UiTM Melaka.

Tentang kesihatan.
Islam sebagai agama yg syumul amat titik beratkan tentang kesihatan.
Sesiapa yg mengambil Islam sepenuhnya sebagai cara hidup, iA kesihatan dia terjamin.
Dah tua takde diabetes, darah tinggi, osteoporosis, gout dan sebagainya kalau teliti dalam penjagaan kesihatan.

Abu Bakar ra cukup teliti dlm jaga kesihatan dia. Pernah dia pergi satu jamuan. Selesai makan, tuan punya jamuan bagitau jamuan tu atas usaha kerja tilik nasibnya, lalu Abu Bakar ra terus muntahkan makanan tu demi jaga kesihatan dan diri drpd makanan yg xsihat, Halalan Toyyiban.

Jadi, jagalah kesihatan anda kerana usaha agama perlukan daya dan kemampuan yg mantob. Kesihatan anda untuk agama anda!


(muka depan)


(muka belakang)


iA bertemu lagi di usrah seterusnya...(kalo larat update)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...