Search This Blog

Sunday, October 24, 2010

Ya Allah, aku cinta pada-Mu

Sejenak berfikir, semasa dan selepas mengikuti ESQ, Ya Allah betapa besarnya cinta-Mu kepada hamba-MU...
Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan, apa yang ku harap kesedaran diriku ini berpanjangan...

Cuba dipersoal diri kita,
Tanpa udara, kita mati...maka udara memberi kita kehidupan...
Tanpa matahari, gelap dunia...maka matahari memberi kita cahaya...
Tanpa bintang, tiada petunjuk...maka bintang memberi kita petunjuk...
Bulan itu lembut cahayanya...maka ia ada sifat kelembutan...

Apa yang kita fikir dan nampak secara logik hari ini adalah udara, matahari, bintang, bulan dan sebagainya banyak memberi kita kemudahan bahkan kehidupan. Tetapi, siapakah Yang Maha Berkuasa di sebalik ini. Sudah tentu kita menjawab dengan yakin, Allah-lah yang memberi. Tetapi, pernahkah kita cuba menyebutnya dengan satu hati yang cukup menghayatinya. Cukup-cukup menghayati bahawa bukan udara memberi kehidupan, Allah yang memberi kehidupan. Bukan matahari memberi cahaya, Allah yang Maha Bercahaya. Bukan bintang memberi petunjuk, Allah yang memberi petunjuk. Dan bulan bersifat lembut, Allah itu maha lembut.

Sedarlah wahai temanku, Allah itu AL-HAYYU yang Maha Hidup, Allah itu yang Maha Bercahaya, Allah itu AL-HADIY yang Maha Memberi Petunjuk, Allah jualah AL-LATHIF yang Maha Lembut.

Kadang-kadang diri terfikir, Allah tidak sayangkan ku, maksiat yang terlalu banyak dalam diriku, Allah tidak sayangkan ku! Sedarlah wahai diri, engkau hidup sampai saat ini atas kasih sayang siapa? Adakah kerana ibu mu memberi makan, atau ayahmu memberi pakaian, atau temanmu memberi kedamaian...tidak wahai diri, engkau hidup sampai tika ini atas kasih sayang Allah yang cukup besar.

Walaupun maksiat mu tidak berhenti, Allah tetap sayang mu tanpa hentikan nafasmu...
Dosa mu tidak terkira, Allah tidak berkira dalam memberi nikmat-Nya...
Amalan mu hanya cukup makan saja, Allah menjanjikan syurga untuk iman kecil mu....

Diri dan temanku, hargailah cinta Allah kepada kita, aku coretkan ini untuk berkongsi apa yang aku rasa. Aku fikir perasaan ku ini perlu dirasai semua manusia, agar tuhan memandang kita. Bukan mempromote, tapi menyarankan, ESQ merupakan satu bengkel@seminar untuk mencari siapa itu ALLAH yang ramai mengatakan mengenali-Nya, siapa diri kita dan apa hala tuju kita. Benda ini perlu bagi menyedarkan manusia seperti diri ini yang merasakn sudah cukup amalan untuk menghadap-Nya, sedangkan hidung ini pun tak tebau wanginya syurga.

"Ya Allah, kalau anjing Ashabul Kahfi pun Engkau masukkan ke syurga, jadikanlah aku debu di kakinya, kerna aku betul-betul tidak layak untuk syurga-Mu. Ya Allah, diri ini menjadi debu di kaki kuda para sahabat pun tidak layak, maka Engkau redho lah diri ku, hanya dengan redho mu aku bergantung harap."


Wednesday, June 23, 2010

Kisah Seribu Orang Makan Segantang Gandum yang Dibuat roti


Jabir r.a. berkata: “Suatu hari tatkala penggalian parit pertahanan Khandaq sedang dilakukan, maka aku lihat Rasulullah dalam keadaan yang sangat lapar. Aku balik ke rumah bertanya kepada isteriku jikalau ada apa-apa yang boleh kami masak untuk Rasulullah.

Jawab isteriku: “Aku fikir kita ada segantang gandum dan seekor kambing muda.” Maka aku sembelih kambing tersebut sementara isteriku menyediakan adunan untuk memasak.

Apabila telah selesai semuanya, aku pun pergi mendapatkan Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah aku harap tuan tidak keberatan datang bersama beberapa orang sahabatmu ke rumahku kerana aku membuat sedikit kenduri. Sebelum itu isteriku telah memberitahuku supaya jangan memalukannya kerana hidangan hanya cukup untuk beberapa orang sahaja.”

Apabila mendengar jemputan dari Jabir, Rasulullah pun berkata kepada semua orang yang bekerja menggali parit tersebut, “Hai orang-orang Khandak! Hari ini Jabir membuat hidangan untuk kita semua. Oleh itu, bolehlah kita makan bersama-sama.”
Sebelum Jabir balik ke rumah,Rasulullah berpesan kepada Jabir, “Wahai Jabir, jangan kamu turunkan kualimu dan jangan kamu masak dulu adunan rotimu sebelum aku datang.” Lalu aku pun pulang.

Tidak lama kemudian, Rasulullah pun datang bersama orangnya seramai seribu orang. Apabila isteriku melihat hal itu, segera dia berkata,” Apa yang harus kita lakukan! Orang terlalu ramai. Bukankah aku sudah katakan, jangan memalukan aku di hadapan Rasulullah.” Semantara itu aku telah lakukan sebagaimana yang Rasulullah suruh.

Maka aku keluarkan roti lalu diberkati Rasulullah. Kemudian Rasulullah pergi ke tempat memasak kambing lalu diberkatinya. Setelah itu Rasulullah memberitahu isteriku, “ Panggillah pembuat roti untuk membantumu. Kemudian cedukkan kuah terus dari kuali ke dalam mangkuknya. Jangan sekali-kali turunkan kuali dari tempatnya.”

Setelah siap, lalu makanlah semua orang yang datang tanpa ada yang tidak cukup, malah mereka makan dengan cukup kenyang.

Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa setelah mereka balik, kualiku tetap penuh seperti sediakala dan begitu juga adunannya yang sama banyak seperti sediakala.

Friday, May 28, 2010

Renung dan redhalah

Sedikit persoalan yang sering timbul dan jawapannya dari Al-Quran yang insyaAllah akan membantu kita untuk teruskan penitian hidup.


ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!!AKU DAH BOSAN!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12.

Wednesday, May 26, 2010

Alhamdulillah....Thank You Allah

Pagi ini aku bangun, buka mata dan melihat dunia sebagai seorang yang lebih tua dari semalam. Alhamdulillah, Allah telah panjangkan umurku hingga ke hari ini sebagai insan yang berusia 18 tahun. Tapi bila difikirkan balik, selama 18 tahun ini berapa banyaklah sangat amalku berbanding aktiviti keduniaan sepangjang perjalanan 18 tahun ini. Ada orang kata, hidup kita ini separuhnya adalah tidur, so selama 9 tahun aku dalam keadaan sedar, tolak lagi dengan umurku waktu kecil yang tidak pon tahu untuk beramal. Ermm, memang sikit amalku.

Bagi memperjelaskan lagi, aku sertakan sebuah contoh jadual kehidupan seorang Muslim yang cemerlang:

~ Qiamullail -30 minit
~ Solat Subuh -20 minit
~ Baca Al-Quran atau mathurat -10 minit
~ Solat Zuhur -20 minit
~ Baca Al-Quran -10 minit
~ Solat Asar -20 minit
~ Baca Al-Quran -10 minit
~ Solat Maghrib -20 minit
~ Baca Al-Quran atau mathurat -10 minit
~ Solat Isya’ -20 minit
~ Baca Al-Quran -10 minit

Jumlah: 3 jam


(ini merupakan contoh jadual kehidupan seorang Muslim yang cemerlang yang sentiasa menyelangi antara waktu solat dengan bacaan Al-Quran atau Mathurat dan juga menjaga Qiamullail nya….bukan jadualku)

Konklusinya hanya 3 jam diperuntukkan untuk membuat amal kepada Allah daripada 24 jam sehari. Jadi timbul persoalan bagaimana untuk kita mempertingkatkan lagi amal kita…? Jawapannnya terdapat pada Islam sendiri, iaitu setiap perbuatan kita bahkan tidur sekalipun, jikalau disertakan dengan niat kerana Allah ia dianggap satu ibadah. Jadi, semestinya kita tanam di dalam hati ini untuk melakukan segala perbuatan dengan niat kerana Allah Taala supaya umur 18 tahun itu boleh dilihat sebagai satu usia yang penuh dengan amalan dan ibadah. Begitulah cantik, seronok dan mudahnya agama Allah ini bersesuaian dengan fitrah setiap insan.

Akhir kata, 27 Mei merupakan hari lahir bagiku, tapi aku cuba untuk melihat hari ini sebagai satu titik untuk menjadi seorang yang lebih matang dan lebih giat dalam melakukan amal ibadah kepada Allah. Aku harapkan dari kalian, doakan aku kejayaan yang cemerlang di akhirat khususnya dan di dunia. Serta doakan aku mendapat apa yang terbaik buat diriku. Aminnn….

Sunday, May 23, 2010

Siapah kita?

Untuk peringatan kita yang sentiasa lalai dan leka... siapakah kita??

siapakah kita?? siapa...yaa..??


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya
untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang
bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga
untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak
memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya
dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan
sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

~Harap dapat memberi input dan pengajaran yang efektif kepada diri.

Friday, May 14, 2010

Penjagaan seorang Muslimah

i) Bahaya Pandang Memandang

"Dan katakanlah olehmu (Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka......" (Surah An Nur : Ayat 31)

Buraidah r.a. berkata: Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a. : "Ya Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan dengan satu pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua." (Riwayat Imam-Imam Ahmad, Abu Dawud, Tarmidzi dan Al Hakim)

ii) Bertemu muka sendirian.

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan." (Riwayat Imam Ahmad dari Jabir r.a.)

"Janganlah seorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya, kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan, kecuali jika dengan mahram." (Riwayat Imam Ahmad dari Amir bin Rabie'ah r.a.).

iii) Berjabat Tangan

Siti Aisyah r.a. berkata: "Tidak, demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w. menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai'at mereka itu dengan percakapan." (Riwayat Imam-Imam Bukhari, Muslim dan Tarmidzi).

iv) Pakaian Di Luar Rumah

Ayat-Ayat Firman Allah yang ertinya: "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka." (Surah An Nur: Ayat 31)

v) Adab Bermusafir

"Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya." (Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Tirmizi dari Abi Hurairah r.a.)

vi) Hak Pendidikan

Kata Abu Said r.a. : "Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkkata: "Ya Rasulullah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan hadith(sabda) engkau, maka itu jadikanlah bagi kita, orang-orang wanita, dari engkau suatu hari yang kita agar dapat datang kepada engkau, agar engkau memberikan pengajaran atas kita dari pada apa yang telah Allah berikan atas engkau." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini." (Riwayat Imam Bukhari)

vii) Larangan Menunjukkan Perhiasan

"Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka, agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasaan-perhiasan mereka." (An Nur: Ayat 31)


InsyaAllah, hasilnya.....

Monday, May 10, 2010

Post yang lewat

Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu berada di bumi selangor+pahang, akhirnya hidung ini kembang kempis dapat menghirup semula udara ipoh bandar penuh gunung. Jejak kaki di Selangor pada 21 April bagi menghadiri Program Ekspresi Remaja Ambang IPT(ERAT'10) pada 22-25 April 2010. Program yang tiba2 Abg K ajak cuba dihadiri dengan niat yang ikhlas, alhamdulillah berbagai input boleh dapat, cuma tinggal output yang masih belum terkeluar lagi dari jasad ini. Entahlah, bila boleh keluar.


Musafir di bumi orang masih diteruskan setelah tamat ERAT. Perhentian seterusnya ialah lakonan untuk Malam Amal Raudhatus Sakinah(MARS'10). Walaupun MARS lambat lagi(2nd May),tapi panggilan telepon dari Atif tak putus2 mengajak stay di Selangor. Keputusan dibuat, aku dengan Adib naik KTM ke Kajang. Sampai di Kajang, jumpa pulak dengan Izzaldin tengah tunggu Yasser dan Atif. Lepas 15 minit, 2 insan tu pun tiba, kami terus ke pejabat JIM Hulu Langat. Sampai pejabat JIM, jumpa pulak dengan Ammar Jam+Jimbo+Saiful, huhu, lama tak jumpa. Terubat sikit rindu dekat member2 MH-i.

Dari Isnin sampai Jumaat, kami tak henti2(tipu) berlatih, semayang, makan, tidur, main futsal, makan lagi, tidur lagi2, berlatih....hasilnya, pada Ahad malam kami mempersembahkan satu sketsa di SACC di hadapan ribuan penonton, dato' datin' tuan puan encik dan cik. Sebelum persembahan bermula, macam2 perubahan terakhir berlaku, antaranya- Ammar(pengarah kepada follow light tech),aku(narrator 2 kepada audio tech sepenuh masa),akram(pelakon kepada pelakon+narrator 2) dan banyak lagi. Persembahan pun diteruskan....setelah selesai, semua mengucap syukur sambil menjamu selera makanan percuma. Jamu selera semakin hangat bila lagu "Yang terindah"(lagu ADAMAYA) hinggap kat telinga, satu meja ikut nyanyi, Yasser jer tak =( mamat stairway to heaven. Sambil menjamu jugak le Ummi dan orang yang kenal kami datang ucap tahniah, lega+syukur+bangga terbit.

Habis MARS malam Isnin, so pagi Isnin itu aku balik ke Ipoh bagi ubat rindu keluarga kat aku. Hari Khamis pergi balik selangor, huh orang tuaku pun pelik sebab aktif sangat lebih dari diorang. Hehe, aku hanya senyum kambin. Khamis malam, orang Ipoh naik KTM pergi Sg. Buloh(kesian Abg Syafiq kene ambik jauh2), kami bermalam di rumah Ummi Jem. Tidur2 ayam sampai la Arif Bro Yan sampai dekat subuh. So terus pergi surau solat subuh. Musafir hari Khamis tu untuk hadir Reunion MH-i+ERAT di Fraser Hill, Pahang 7-9 May 2010. Lepas semayang Jumaat, antara benda yang paling best dalam jaulah ni, ramai budak MH-i datang kumpul kat rumah Ummi, jumpa baliklah yang sudah lama tak bertemu(Fakhry,Shagon,Aiman dll).

Jumaat,jam 6pm lebih paksa kami semua cepat2 bersiap kumpul dekat pejabat JIM HS. Dari sana kami bertolak naik banyak kereta, ada yang bernasib malang, kene naik kereta dengan akhhhawat, huhu kenela jaga ikhhhtilat. Nasib penulis baik, lega. Perjalanan diteruskan, sampai di kaki Bukit Fraser, pakcik da siap ingatkan da, kalau pening tidur. Rupa2nya perjalanan itu memang cukup sangat memeningkan, tapi seperti Abg K cakap, last2 bila sampai di destinasi, nikmat mula terasa dan syukur pun mula membasahkan bibir. Huh, terpana seketika tengok Banglow Uda yang sering diceritakan, cantik+besar+berkabus=nak tidur!!

Hari berlalu, kami pun balik(x larat da)...sekian

Tuesday, April 13, 2010

Pengorbanan seorang ibu dan kemuliaannya dalam Islam

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai 4.00

Tolong jaga adik 4.00

Tolong buang sampah 1.00

Tolong kemas bilik 2.00

Tolong siram bunga 3.00

Tolong sapu sampah 3.00

Jumlah : 17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,
"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."




1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

- Begitulah Allah mengangkat golongan ibu yang menghargai kehadiran zuriatnya.

Sunday, April 4, 2010

Kenali diri individu

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius. Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif, berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang reality dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpersonaliti yang menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka kepada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit di sekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian. Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai yang lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood, idea yang terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.




JULAI
Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali diransang dan didorong. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain dengan pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih . Terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk orang lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian, semangat juang yang luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir, daya pemikiran yang baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, bersistematik.

OKTOBER
Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati, baik. Pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera & seni, pengasih, penyayang & lemah lembut, romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam sesuatu perkara, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yang berahsia. Pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila hendak, diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi. Suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci

-mungkin boleh diguna untuk mengenali diri, mad’u, rakan dan lain-lain supaya lebih mudah menyampaikan sesuatu.

~di'copy' dan di'paste' di sini~

Wednesday, March 24, 2010

Minit mesyuarat agung syaitan

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus."

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiaya gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rengsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majallah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majallah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuas hati dengan isteri- isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekriasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih seusai berekriasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini, "Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"



- hanyalah sebuah sketsa yang memberi sedikit clue tentang perbuatan syaitan yang boleh kita rasakan pada zaman kini...

Friday, March 12, 2010

Kisah Andalusia...(finale)

Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi...Abi...Abi..." Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.

Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tsa..." Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.

Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu..." Terdengar suara Roberto meminta belas.

Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla Illaahailalllah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah...'. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.

Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya..." Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.

Benarlah firman Allah...
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS>30:30)

As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya ... Sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad.

Tuesday, March 9, 2010

Kisah Andalusia...(Bhg 2)

"Ah...seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.




Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.

Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.

Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak-kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak-kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa....? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi..."

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat. Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi...Abi...Abi..." Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai...siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut.

"Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi..." jawabnya memohon belas kasih.

"Hah...siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka.

"Saya Ahmad Izzah..." dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba "Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.

"Hai budak...! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'...Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu."

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.

bersambung....

Monday, March 8, 2010

Kisah Andalusia...(Bhg 1)

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.


Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseoran mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai...hentikan suara jelekmu! Hentikan...!" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang.

Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata,"Bersabarlah wahai ustaz...InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. "Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami.

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,

"Sungguh...aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu keras Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu keras seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah.

Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

bersambung....

Wednesday, March 3, 2010

Hati seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan darianak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun d isetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.....




“Berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa dan jangan kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka“ - Al-An'aam, 151

Saturday, February 27, 2010

Sepohon Epal yang rendang

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar dan rendang. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya dan adakalanya dia berehat lalu terlela di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih lantaran kesunyian.

Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.




Sebenarnya, pokok epal yang dimaksudkan di dalam cerita adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita sepanjang masa, bukanlah hanya semasa kita sudah tiada daya. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun. Semoga memberikan keinsafan dan kesedaran kepada remaja kita.

Wednesday, February 24, 2010

Darul Taqwa - negara harapan rakyat....(finale)

"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital! "Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma. Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.

Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT,ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.

Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: Raja'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu.

Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji, "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema .... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta.......stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." " Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah Tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. isy,meluatnya!Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.

Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus....

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu."Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar."Tidak, Datuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya..." "Habis, mereka mahu apa?" "Mereka mahu Islam, Datuk!" "Islam? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.




NOKTAH...dakwat terakhir yang tumpah ke kertas insan itu. Sambil menghadap matahari yang kian malu menunjuk diri, insan itu dengan berkobar menjerit di dalam stanza hatinya....

~ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI~

Monday, February 22, 2010

Darul Taqwa - negara harapan rakyat....(bhg 2)

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan zahir dan batin bandar ini." Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..." Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berkata kepada pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al-Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri.

Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.




"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!". Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi orang yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?", "Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja "Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.Oh...! keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik.


bersambung....

Sunday, February 21, 2010

Darul Taqwa - negara harapan rakyat....(bhg 1)

Saat seorang insan termenung menghadap matahari yang semakin menundukkan cahayanya, dihiasi nelayan-nelayan yang pulang dengan senyum tua. Dia teringat akan turutan peringkat di dalam dakwah yang bermula dengan Individu Muslim, Baitul Muslim dan seterusnya hingga ke akhir iaitu Ustaziatul Alam(UA). UA ini merupakan peringkat yang tertinggi di mana Islam menjadi asas kepada umat seluruh alam. Semangat jihadnya tiba-tiba berkobar-kobar membayangkan sesuatu yang tidak pasti bila terjadi tetapi pasti akan terjadi.........




"Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. "Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu sebahagian daripada iman."

Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. “Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini." “Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.

Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya. Teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikiran Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman....Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku? “Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja.“

“Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?” tanyanya angkuh. "Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. "Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu? " Tanya pegawai itu pula. “Aku yang gila, atau dia yang gila?” Detak hati Datuk Dr. Johar.

Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."


bersambung....

Wednesday, February 17, 2010

Baitul Muslim

Baitul Muslim boleh didefinisikan sebagai rumah Muslim iaitu sebuah institusi rumah tangga yang berasaskan Islam. Bila berbicara tentang BM ni ramai yang senyum tersipu-sipu kononnya BM ni adalah untuk perbualan orang yang sudah sampai masanya. Sebijiklah dengan perkara yang terjadi sewaktu hari terakhir di MHi, bilamana abg Khairul ringan mulut untuk berkongsi tentang BM maklumlah beliau sendiri akan ke jinjang pelamin.

Perkongsian yang mantap gabungan abg Khairul, kak Hana' serta pasangan suami isteri, Pakcik Amran dan Makcik Salmi. Sedikit ilmu dapat penulis ambil sebab penulis sendiri tidak memandang serius BM ni. Yang kelihatan semangat ialah sedikit ikhwah dan ramai akhawat. Entah apa sebabnya, mungkin ikhwah ramai yang sudah balik(husnu zhon). Kursus BM ini sekali lagi dikongsikan semasa di Sarawak dalam program R2B, berkongsi pengalaman bersama Akh Faiz Sahri dan Ikhwah Bintulu yang lain. Masa berlalu pergi hingga berakhirlah MHi dan R2B.

Sedang penulis berehat menikmati cuti di rumah, ayah dan bonda mengajak ke satu forum yang dipanel oleh novelis dan pengarah filem yang terkenal iaitu Ustaz Habiburrahman el-Shirazy dan seorang lagi panel merupakan penulis buku "Aku Terima Nikahnya" yang cukup digemari oleh para belia masa kini iaitu Ustaz Hasrizal Abd Jamil.









Forum yang diadakan dengan bi'ah solehah pada 17 Februari 2010 di Universiti Teknologi Petronas, Perak membincangkan tentang satu tajuk yang membuat penulis sendiri senyum tersipu-sipu. Pada mulanya, penulis sendiri tidaklah terlalu berminat untuk hadir, tetapi gesaan ayah bonda yang menggunakan hujah 'panduan masa akan datang' memaksa penulis pergi dengan rela.

Antara point-point yang menarik yang dilontarkan oleh 2 panel tersohor ini yang sempat penulis memberi perhatian:(ringkasnya)

1. "Kurangkan mencari, banyakkan menjadi". Dalam erti kata yang lain, sebagai seorang Muslim, kurangkan mencari yang solehah tetapi banyakkan menjadi yang soleh moga-moga solehah tertarik kepada yang soleh. Begitulah sebaliknya, kurangkan mencari yang soleh tetapi banyakkan menjadi yang solehah supaya yang soleh tertarik kepada yang solehah.

2. Solat istikharah mempunyai seorang sahabat karib iaitu istisharah(berusaha). Maka, seseorang Muslim itu mestilah istisharah sehabis daya sebelum melakukan istikharah dalam usaha mendapatkan pasangan hidup yang solehah dan memenuhi kriteria.

3. Cinta yang Islamik adalah mereka yang bercinta kerana TAQWA kepada Allah SWT. Jadi, bagi mereka yang bercouple dengan menggunakan alasan mengingatkan antara 1 sama lain terhadap Islam, fikir-fikirkanlah samada kita di jalan yang benar ataupun salah. Adakah alasan itu hanya sebagai pengabur kebenaran yang dikaburkan syaitan.

4. Rasulullah SAW bersabda(lebih kurang maksudnya), "Seseorang perempuan atau lelaki dinikahi kerana 4 perkara - harta, kecantikan, kedudukan sosial atau agama. Sesiapa yang mahu kebahagiaan dunia dan akhirat, dahulukanlah agama"

5. Poligami diciptakan oleh Allah SWT sebagai satu hikmah untuk resolusi manusia. Jadi, tidaklah poligami itu boleh digunakan oleh golongan adam sebagai satu kelebihan. Poligami itu sendiri adalah satu rukhsah(perlu diambil jika perlu), bukanlah satu azimah(sesuatu yang mesti diambil jika berpeluang), jadi poligami mestilah pada tempatnya kerana boleh jadi ia adalah haram kerana sebabnya dan boleh jadi juga ia adalah wajib kerana sebabnya.

Inilah sedikit-sebanyak yang dapat penulis berkongsi dari forum RM5 ini. Murah dan berbaloi....

Tuesday, February 16, 2010

Wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna

1. Wahai sahabatku segeralah tunaikan solat pada awal waktu sewaktu mendengar azan walau dalam keadaan apa sekali pun. Di situ ada sumber kejayaan, di situ ada sumber pertolongan dan di situ juga ada sumber taufik.

2. Wahai sahabatku...bacalah Al-Quran, tatapilah buku ilmu dan pergilah ke majlis ilmu. Selalulah berzikir, berzikir dan terus berzikir dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3. Wahai sahabatku berusahalah bertutur dalam bahasa Arab yang betul.

4. Wahai sahabatku janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tidak memberi apa-apa.

5. Wahai sahabatku janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu tenang lagi tenteram.

6. Wahai sahabatku janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Wahai sahabatku janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia dan ia menyakitkan hati orang.

8. Wahai sahabatku jauhilah daripada mengumpat hal peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang membawa kebajikan.

9. Wahai sahabatku berkenal-kenalalah dengan setiap umat manusia yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu ayuh sahabat! Gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaanya. Sabda Nabi saw, "Bersegeralah ke arah melakukan amal. Sayangilah masa saudaramu dan hormatilah waktu mereka."

Saturday, February 13, 2010

Tiada yang sempurna

Ini kisah perjumpaaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.

"Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkah laku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecah belah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik,pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab,

"Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".


- Coretan ini tiadalah kaitannya dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Hanyalah pengingat kepada kita sebagai manusia, yang tiada diciptakan sempurna kecuali Rasulullah SAW. Jadi, mestilah senantiasa kita berusaha memperbaikkan diri dan bersyukur atas apa sahaja yang dikurniakan Allah kepada kita kerana segalanya diakhiri hikmah tersendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...