Search This Blog

Thursday, November 17, 2011

Anak - dari BbG

Sedutan episod lalu...dari post "nikah" 

Bila nak kahwin nya Sarip oii?
Nanti la mak Jah, ada jodoh kahwin la saya.....mak Jah nak?
(-_-')

Setahun 2 bulan kemudian...

S: Herm, bahagia kita mak jah kan ! (sambil muka nakal2 manja), dapat dah sorg anak, sehat tak anaknya?
MJ: Sihat je, ba.....
( sambungan di Blog ber Gambar (BbG) - http://hbmf.blogspot.com/ ) :D excercise sikit~

Monday, November 14, 2011

Nikah - dari BbG

(gambar lagi besor di Bbg)


Nikah, kahwin, bina masjid, dll
Satu term yg mampu buat ramai tersipu-sipu + blushing merah-merah kat pipi,
kenapa?
ermm masing-masing tau jawapannya..

Bila nak kahwin nya Sarip oii?  
Nanti la mak Jah, ada jodoh kahwin la saya.....mak Jah nak?
( sambungan di Blog ber Gambar (BbG) - http://hbmf.blogspot.com/ ) :D excercise sikit~

Friday, November 11, 2011

Angry Birds dan dakwah





Angry Birds




salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal
semuanya suka bermain game ini


tidakkah anda pernah tertanya-tanya?
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka


sedar x kita...
jawapannya sebab....
Angry Birds....
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah



1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka
iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad


segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:111)


2) Amal Jamaie (kerja ramai-ramai)

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu



3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
tidak
diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan, kemahiran) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"



4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil, efektif)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij (berkesan) dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu


maka setiap orang yang mempunyai isti'ab (kemahiran) yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu


dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam (Islam sebagai ustaz alam)

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat


5) Taat

dan sebagai qiyadah (ketua)
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan


pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas



6) Ukhuwah

lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka
kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara


seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam


tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka


begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)


sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna


semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...


"Ukhuwah Teras Kegemilangan"



Wednesday, November 9, 2011

Qurban - dari Blog ber Gambar (BbG)

-mati syahid ke ni?-
(utk gambar lebih besar di BbG )

Qurban atau kurban atau korban atau korbang(ganu) atau korbe(kelate)
Semuanya sama cuma yg berbeza spelling nya.
Semuanya tetap sembelih binatang/haiwan/natang/nate yg boleh diqurban kan....kan..kan

Tapi, hari ini kita belajar lebih sikit boleh??
Qurban yg manusia faham ialah korbankan sikit harta pada........

( sambungan di Blog ber Gambar - http://hbmf.blogspot.com/ ) :D excercise sikit~

Tuesday, November 8, 2011

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Kalau sudi, boleh le jenguk-jenguk blog baru ku (Blog ber Gambar)

http://hbmf.blogspot.com/

2nd blog, moga2 ada manfaat, follow and share :D

Blog ini insyaAllah akan terus di update (mungkin slow), tapi kini udah ada 2 blog~!
Moga-moga manfaat :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...